Info Universiti Malaysia Kelantan ( UMK )

Assalamualaikum semua. Post kali ni saya nak cerita tentang Universiti Malaysia Kelantan di kampus Pengkalan Chepa. Universiti ini sangat dekat dengan airport Sultan Ismail Petra. Setiap hari di sini,  akan dengar bunyi kapal terbang mendarat dan naik. Best sangat. UMK ni merupakan Universiti yang ke 19 diantara universiti-universiti awam yang ad di Malaysia ini.
.
UMK mempunyai 3 cawangan di Kelantan ini iaitu Kampus Pengkalan Chepa, Kampus Bachok, dan Kampus jeli. Bagi Kampus Pengkalan Chepa, menempatkan pelajar-pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan(FKP), Kampus Bachok menempatkan pelajar-pelajar Fakulti Warisan dan Kampus Jeli pula menempatkan pelajar-pelajar Fakulti Sains. UMK merupakan universiti yang menggalakkan pelajar-pelajarnya menggunakan ipad ketika sesi pembelajaran dan pengajaran bagi sesi kemasukan 2014/2015.
.
 Jadi, bagi kemasukan sesi ini, kami dibekalkan dengan sebuah ipad setelah sebulan menetap di sini.Universiti Malaysia Kelantan membuat pembaharuan bagi menyambut kedatangan pelajar sesi ini dengan mengecat jalan di sepanjang kampus dengan warnan merah. Ala-ala karpet merah gituuu. Di antara bahagian blok A dan B, terdapat sky umbrella yang sangattttt cantikk.
.
Dewan Terbuka Keusahawanan (DTK) di sini sangat cantik kerana menggunakan konsep ukiran kayu untuk membinanya dan ukiran tersebut tercatat tulisan UMK. Selain dari itu, UMK juga sedang dalam pembinaan untuk membina kelas-kelas baru untuk menampung pelajar yang semakin ramai ini di kampus pengkalan chepa.
.
*Sebarang pertanyaan mengenai UMK bolehlah mengemukakan pertanyaan di Hubungi Kami ataupun lawat ke page Instagram @himaiscarf dan berhubung dengan saya. Terimakasih :)

Sky Umbrella UMK PC :)
Kelas di UMK PC :)
Suasana di UMK Bachok
First Day di UMK PC :)
Kipas Giant Di DTK, UMK PC :) Setakat ini dulu tentang UMK PC. Terima kasihhhhhh :)

Popular Posts